Kongsi Resepi Sedap dan Mudah, Koleksi Pelbagai Resepi Masakan

Isnin, 15 Ogos 2016

Resepi Roti Tuna Roll Sedap [[ Ikan Tuna ]]

Resepi Roti Tuna Roll Sedap [[ Ikan Tuna ]] - Assalam Kepada Para Pembaca Himpunan Resepi Masakan Melayu, Untuk Artikel yang anda baca kali ini dengan Tajuk Resepi Roti Tuna Roll Sedap [[ Ikan Tuna ]], Saya telah menyiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil Maklumat didalamnya. mudah-mudahan isi Artikel Artikel Aneka Jenis Kuih, yang Saya tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Tajuk : Resepi Roti Tuna Roll Sedap [[ Ikan Tuna ]]
link : Resepi Roti Tuna Roll Sedap [[ Ikan Tuna ]]

Baca juga


Resepi Roti Tuna Roll Sedap [[ Ikan Tuna ]]

 Roti Tuna Roll Sedap

Bahan-Bahannya ialah

Bahan Doh –

(*)250 gram tepung roti (high protein flour)
(*)50 gram gula halus @ gula kastor
(*)1/2 camca teh garam halus
(*)10 g susu tepung (mat guna susu “everyday”)
(*)1/4 camca teh bread improver
(*)1/4 camca teh bread softerner
(*)30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
(*)6 gram instant yeast
(*)20 gram mentega
(*)125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Bahan Inti –

(*)1 camca besar mentega, dicairkan
(*)1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
(*)2 1/2 camca besar Mayonnaise
(*)1 biji bawang besar, dadu kecil
(*)1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
(*)1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
(*)1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

Cara Membuatnya ialah

Buat Doh –


(*)1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.

(*)2. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).

(*)3. Bulat-bulat kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.

(*)Kaedah Breadmaker – Satukan semua bahan-bahan untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk “DOH” dan tekan “ON”, tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).


Buat Inti Tuna –

(*)1. Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan.

(*)2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi.

(*)3. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair. Tuang inti tuna dan ratakan.

(*)4. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan.

(*)5. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.

(*)6. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang.

(*)7. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam.

(*)8. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan.

(*)9. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.



Sekialah Sajalah Untuk Artikel Resepi Roti Tuna Roll Sedap [[ Ikan Tuna ]]

Sekianlah artikel Resepi Roti Tuna Roll Sedap [[ Ikan Tuna ]] kali ini, mudah-mudahan dapat memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa lagi pada artikel seterusnya.

Anda sekarang membaca artikel Resepi Roti Tuna Roll Sedap [[ Ikan Tuna ]] dengan alamat link https://resipitimur.blogspot.com/2016/08/resepi-roti-tuna-roll-sedap-ikan-tuna.html
Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Resepi Roti Tuna Roll Sedap [[ Ikan Tuna ]]

0 ulasan:

Catat Ulasan